Jumaat, 19 Disember 2008

BILA KUASA MULA BERAKHIR ?

Tak semena-mena nama Muntazer Al-Zaidi disebut dimana-mana. Walaupun beliau khabarnya cedera patah tangan dan tulang rusuk kerana dibelasah oleh pegawal keselamatan Iraq selepas sepasang kasut dilontar kearah Bush yang sedang mengadakan sidang akhbarnya. Nama wartawan muda ini melonjak mendadak samaada dikalangan dunia Islam mahupun dikalangan masyarakat barat. Keberanian luar biasa Muntazer membanggakan setiap jiwa yang sekian lama membenci Prasiden "penghirup darah ummat Islam"itu. Keangkuhan Bush akhirnya terkulai dengan hanya tindakan dari seorang wartawan disebuah negara yang dijajahnya. Walaupun Bush cuba menyembunyikan aibnya dengan berjenaka, namun ketegangan yang terpamir diwajahnya yang pucat lesi menceritakan segala-galanya yang bersarang didalam tubuh manusia berhati serigala itu.Selama ini Bush dikelilingi pemimpin Barat dan Tok-tok Arab yang bacul, yang sentiasa akan menyambut ucapan Bush dengan kalimah "Yes Sir" sebelum Bush menghabiskan kalimat-kalimatnya. Biasanya setiap kali menyelesaikan mana-mana sidang akhbar Bush akan dikerumuni wartawan yang sebahagian besarnya merasa sangat teruja jika hanya dapat bersalam dengan Bush. Tiba-tiba keadaan berubah dalam putaran 360 darjah. Bukan tepukan gemuruh yang diterimanya. Tetapi sepasang kasut yang hampir menyinggahi kepala seorang Presiden yang kaya dengan penipuan dan pendustaan. Rupa-rupanya wartawan sudah naik muak dengan lagak "perdamaian" yang diucap oleh Bush. Watak "Polis dunia" yang dipamirkannya selama ini sudah sangat memualkan tekak dan telinga para wartawan. Akhirnya takungan kebencian dan kemeluatan itu tidak terbendung lagi. Maka dunia menyaksikan betapa pemimpin dunia itu dimalukan dengan hinanya. Syabas dan Tahniah Muntazer. Sesungguhnya Jihad yang afdhal ialah menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim.Dalam kita membicarakan penimpuan, kezaliman, keangkuhan dan kejahatan Bush, cuba kita bayangkan jika;
1. Paklah berucap dihadapan wartawan iraq berkaitan kempen "Islam hadarinya" sambil memegang bahu seorang perempuan ajnaby.2. Najib berucap dihadapan wartawan Iraq dengan tajuk "hapuskan rasuah dan Korupsi".3. Hamid Albar berucap dihadapan wartawan Iraq berkenaan "keadilan dan hak asasi manusia" sambil memegang surat perintah tahanan ISA.4. Tengku Adnan Tengku Mansor berucap dihadapan wartawan Iraq mengenai "perlunya dihapuskan judi dan pusat maksiat".
5. Pengerusi SPR berucap dihadapan wartawan Iraq mengenai "perlunya pengendalian pilihanraya secara telus dan adil".6. Dato JJ berucap dihadapan wartawan Iraq berkenaan "perlunya pemimpin menjaga hak-hak wanita".
Agaknya berapa pasang kasut yang akan melayang di atas kepala mereka?. Sebenarnya semua manusia benci dengan pembohongan.Bersyukurlah mereka tidak hidup dibumi Iraq. Bersyukurlah mereka lahir sebagai pemimpin kepada sebuah masyarakat yang sering terlena apabila diberi gula-gula.

Selasa, 9 Disember 2008

MAJLIS QURBAN DAN MERAIKAN PETUGAS IJTIMA' PAS KAWASAN 08'

Pada 11 Dis 2008 barsamaan 14 Zulhijjah 1429 PAS Kawasan Kuala Krau akan mengadakan majlis qurban dan jamuan meraikan petugas Ijtima' PAS kawasan 08' untuk itu semua petugas dan ahli PAS dalam Kawasan Kuala Krau dijemput hadir :
Masa : mulai jam 07.00 am - 01.30 tgh
Tempat : Darul Hikmah Kerdau
Forum Perdana : 09.00 malam
Ahli Panel :Ustaz Ghani Abd Rahman , Ustaz Kamal Shari dan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Pengerusi forum Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.
Semua Dijemut Hadir

UTUSAN MALAYSIA TIDAK PROFESIONAL DAN KETERLALUAN

KUALA LUMPUR - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (Sabtu, 6 Disember) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember lalu. Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. "Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, Dr.Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilapor oleh Utusan. "Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor," katanya. Katanya, PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan. "PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka. "PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini," jelasnya lagi. Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan Malaysia mendapat maklumat terus perihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.[Sudah kami nyatakan sebelum ini bahawa memang itulah kerja Utusan Malaysia selama ini. Kenapa puak-puak UMNO mendiamkan diri, sepatutnya akhbar arus perdana tidak boleh buat "fitnah" sebab mereka terikat dengan akta kewartawanan. Justeru itu, kenapa bahan berita yang disiarkan dalam blog ini mahu dipertikaikan oleh team "Cyber Trooper UMNO"?. Sila pertikaikan akhbar arus perdana Utusan Meloya dulu, barulah mahu menghentam berita-berita yang disiarkan dalam blog ini. Kami amat malu dengan apa yang berlaku, mereka mendabik dada kononnya kami memaparkan berita fitnah dan fiksyen. Sebaliknya akhbar milik UMNO sendiri ternyata telah banyak membaut fitnah dan menipu rakyat selama ini. Bukankah ini melanggar prinsip kewartawanan itu sendiri. Bahkan MB Pahang sendiri pun pernah bergaduh dengan Utusan Malaysia atas kepincangan berita yang disampaikan].

Khamis, 6 November 2008

Isnin, 27 Oktober 2008

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN IJTIMA' BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 08'

PAS Kawasan Kuala Krau akan mengadakan Ijtima' Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat pada 1 - 2 November 2008. Program yang akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang akan dipenuhi dengan berbagai acara antaranya pameran dari Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Perak dan Selangor, derma darah , rawatan perubatan Islam Darul Syifa, sukanika , pertandingan mewarna , melukis dan tulisan khat bagi kanak-kanak.
01 November 2008
09.00am - 12.00 pm : Majlis Perasmian , pameran , sukanika dan rawatan kesihatan
12.oo - 02.00 pm : Rehat , Makan & solah Zohor
02.00 - 05.00 pm : Sukanika dan penyampaian hadiah
05.00 - 07.00 pm : Solah asar , Makan malam
07.00 - 09.00 pm : Solah Magharib , Solah hajat , tahlil & Solah Isyak
09.00 malam : Ceramah Perdana oleh YB. Dato' Hussam Musa dan YB. Ir Amirudin
02 November 2008
09.00 - 12.00 : Sukanika , pameran , pertandingan
12.00 - 02.00 : Rehat , Makan & Solah Zohor
02.00 - 04.00 : Sukanika Remaja
04.00 - 05.00 : Rehat & Solat Asar
05.00 - 07.00 : Persembahan Seni & Kebudayaan
07.00 - 09.00 : Solah Magharib , Solah hajat , tahlil dan Solah Isyak
09.00 : Ceramah Perdana YB. Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , YB. Dato' Dr. Hassan Ali.

Rabu, 22 Oktober 2008


Sekitar Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau
Sekitar Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau


Sekitar Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau

SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN KUALA KRAU


Pada 19 Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal 1429 PAS Kawasan Kuala Krau telah mengadakan rumah terbuka sempena aidilfitri 1429. Acara berjalan dari jam 02.00 - 05.00 petang telah dihadiri kira-kira 3000 orang dari kalangan petugas parti, penyokong PAS, kakitangan kerajaan ,ahli UMNO dan masyarakat tempatan sekitar Bandar Jengka.
Menu yang disediakan secara gotong royong oleh 10 UPU dalam DUN Jengka berjaya memenuhi cita raya para pengunjung antaranya lemang,nasi impit, bubur kacang,tapai dan agar-agar. Antara tetamu yang hadir ialah YDP Kawasan Bera Ustaz Sulaiman , Sdr. Zakaria Hamid ( Pengerusi PKR Negeri Pahang ), YB Leong ( ADUN Teras dan Isteri ).

Suasana Di Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau
Suasana di Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau




Ahad, 14 September 2008

PESANAN AL MARHUM USTAZ FADIL MOHD NOOR

Al-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah mengajak rakyat memerangi KHURAFAT yang dibawa Umno di kalangan orang Melayu, iaitu dengan mendakwa hanya Umno boleh memerintah. Al-marhum sendiri yang menamakan dakwaan itu sebagai khurafat, iaitu amalan atau kefahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Khurafat besar itu berakar umbi dalam kefahaman orang Melayu sejak sekian lama.

Hasil penerangan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah pejuang PAS, khurafat itu makin hari makin terhakis. Hari ini sekurang-kurangnya enam buah negeri di Semenanjung pernah menolak fahaman khurafat tersebut. Setelah terbukti di depan mata bahawa Umno boleh untuk tidak jadi pemerintah, maka fahaman songsang itu tidak lagi dijaja di kalangan orang Melayu. Namun tidak bermakna usaha menyambung hayat kuasa melalui fahaman khurafat yang diterapkan di kalangan orang Melayu dihentikan. Mereka menukar pula fahaman yang ditolak tadi kepada kenyataan baru iaitu kuasa Melayu-Islam terhakis jika Umno hilang kuasa.

Selepas pilihan raya umum ke-12 Umno mencanangkan Melayu hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Nasib Melayu dan Islam akan terancam. Negara dikejutkan dengan kenyataan seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mendakwa masyarakat Cina hanyalah penumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan Bumiputera. Ucapan itu dibuat dalam siri kempen BN di Permatang Pauh.

Setelah disergah parti komponen BN dari kalangan Cina, Umno jadi gelabah dan Timbalan Presidennya, Najib Tun Razak sepantas kilat menuntut maaf kepada masyarakat Cina atas perlakuan yang bukan dilakukannya. Ahmad lalu menjelaskan bahawa apa yang disampaikan beliau adalah pernyataan di zaman British. Beliau hanya menyampaikan fakta sejarah, bukan berniat mahu memusuhi orang Cina. Soalnya mengapa kuliah sejarah itu diadakan sewatu berlangsung pilihanraya kecil Permatang Pauh, di hadapan pengundi Melayu? Bukankah kerana mahu memberitahu orang Melayu bahawa ketuanan serta hak istimewa mereka akan hilang jika mengangkat manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lantaran beliau bersekongkol dengan DAP yang kononnya mahu mensaksamakan hak-hak rakyat jelata negara ini berasaskan Malaysian Malaysia?

Alangkah lebih baik jika Ahmad menjelaskan begitu dari berputar-belit ke hulu ke hilir menyalahkan wartawan kononnya menyalahtafsirkan kenyataannya. Isu besar yang diprojekkan ke benak pemikiran orang Melayu pasca-pilihanraya umum ke-12 ialah Melayu kehilangan kuasa politik, sekurang-kurangnya di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kehilangan kuasa Melayu, ditakrifkan Umno sebagai keadaan di mana Umno tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

PAS dan Melayu KeADILan tidak sempurna Melayunya. Umno sahaja barangkali yang lebih Melayu dari orang Melayu. Isu yang dibawa Umno selepas mereka hilang kuasa ialah isu berasaskan asobiyyah kaum. Sejak Umno hilang kuasa di lima negeri, isu-isu yang mereka ketengahkan sentiasa berbaur perkauman. Isu kandang khinzir, pemberian tanah kepada masyarakat bukan Melayu, pelajar bukan Melayu di UiTM, pemberian projek tidak berasaskan kronisme DEB adalah antara yang dimainkan Umno.

Persoalan besarnya ialah mengapa isu 'memperjuangkan' Melayu hanya bergegar selepas Umno hilang kuasa. Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, masih terdapat orang Melayu yang merempat di pinggir bandaraya. Ahmad Ismail pun tentu menyaksikan sendiri satu demi satu tanah milik Melayu Pulau Pinang tergadai kepada orang lain. Tanah orang Melayu yang menguasai Balik Pulau 30 tahun dulu, sekarang apa dah jadi? Isu Melayu Pulau Pinang sudah jelak untuk diperkatakan. Semakin diulas semakin menyakitkan hati. Sepanjang separuh abad Umno-BN berkuasa di negeri itu, tidak ada satu hari di mana ekuiti orang Melayu bertambah dari sebelumnya (berbanding bukan Melayu) melainkan terus berkurang dan berkurang.

Umno ternyata gagal membangunkan Melayu sewaktu berkuasa. Mengapa sekarang, waktu hilang kuasa, baru terhegeh-hegeh nak perjuang hak Melayu yang terhakis? Semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang didominasi Gerakan. Penasihat Gerakan Tun Dr Lim Kheng Yaik sewaktu bersama Umno pun menyampah dengan gelagat parti itu. "Kami menghadapi Umno yang paling bongkak sekali ekoran keputusan pilihanraya 2004. Penyalahgunaan kuasa, rasuah, tender secara perundingan yang kebanyakannya diperolehi syarikat yang ada kaitannya dengan Umno," kata Lim Kheng Yaik dalam temubualnya dengan The Edge.

Paling menarik ialah pembongkaran beliau mengenai budaya politik wang Umno yang turut memberi kesan kepada parti komponen BN yang lain. "Semuanya wang, wang, wang dan wang," ujar Kheng Yaik. Amat memalukan apabila rakan bukan Melayu Umno yang mendedahkan perangai buruk mereka yang meletakkan duit sebagai mauduk perjuangan.

Jelaslah, dakwaan bahawa kuasa Melayu hilang ekoran kekalahan Umno adalah khurafat kedua yang mesti diperangi. Khurafat itu pula mereka peralatkan untuk menagih kuasa. Teruk benar Umno, bukan setakat 'sumpah' mereka peralatkan, 'khurafat' pun mahu diperalatkan.

Khamis, 11 September 2008

LAPORAN AUDIT NEGARA DEDAHKAN KELEMAHAN BERBAGAI PERSOALAN

Analisis Audit dari Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2007 telah menunjukkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah TIDAK MEMUASKAN.
Ia adalah kerana baki Akaun Hasil Yang Disatukan pada akhir tahun 2007 adalah DEFISIT RM278.42 juta berbanding lebihan berjumlah RM5.97 juta pada tahun 2006 iaitu menurun sejumlah RM284.39 juta. Laporan Ketua Audit Negara berkenaan juga menyebut, Kerajaan Negeri telah menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut.

Justeru, Ketua Audit Negara, Tan Seri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang (Gambar) dalam laporan tersebut menyarankan agar tindakan wajar perlu diambil dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat supaya keadaan ini (defisit) tidak berterusan diamalkan kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, adalah amat mengejutkan, walaupun kerajaan negeri menerima terimaan bukan hasil melalui dana khas sebanyak lebih RM 1 bilion setiap tahun sejak 2005, hutang awam kerajaan negeri meningkat dan kini menghampiri angka RM 1 bilion.

Hutang tersebut telah meningkat sebanyak RM 34.82 juta dari RM 903.05 juta pada tahun 2006 kepada 937.87 juta pada tahun 2007. Oleh yang demikian, jumlah aset yang ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum yang terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil berjumlah RM489.16 juta, TIDAK MAMPU MENAMPUNG tanggungan yang merupakan hutang awam yang berjumlah RM937.87 juta. Kerajaan negeri juga disaran, bagi mengelakkan perkara tersebut berterusan, ia (Kerajaan Negeri) hendaklah merancang segala perbelanjaannya dan dilakukan secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat.Hutang Kerajaan Negeri

Hutang Kerajaan Negeri merupakan semua pinjaman yang diambil daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri. Pada akhir tahun 2007, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM937.87 juta berbanding RM903.05 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM34.82 juta atau 3.9%. Peningkatan hutang ini adalah disebabkan pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM49.14 juta pada tahun 2007 bagi membiayai Projek Bekalan Air.
Tunggakan bayaran balik pinjaman termasuk faedah pada tahun 2007 telah meningkat menjadi RM374.74 juta berbanding RM335.29 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM39.45 juta atau 11.8%. Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri telah menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM14.32 juta"

Selasa, 9 September 2008

PERUTUSAN RASMI SEMPENA KEMERDEKAAN NEGARA KE 51

Alhamdulillah
negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.
Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.
PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.
Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:
"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS
YB. Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

TAZKIRAN USTAZ YUSOF EMBONG TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PAHANG

Assalamu'alaikum.

Hari ini, hari Selasa 9hb September bersamaan 9 Ramadhan 1429H. Ertinya sudah hampir satu pertiga kita berpuasa.Amacam puasa? Bagus ke tak? Masih terus bersahur?Masih terus baca al-Quran?Masih terus bertahajjud?Masih terus bertarawih?ATAUSudah mulai longgar dan makin sikit amal kita?Sentiasalah kita bermuhasabah dan check diri kita masing-masing supaya terus berlaku peningkatan amal kita.Sekali-sekala buat penjajaran(alingment) dan peimbangan(balancing) barulah pacuan kereta Ramadhan berjalan lancar :)

JANGAN JEMU berdoa agar ALlah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat dan melakukan amal-amal kebaikan termasuk kerja-kerja siasah, dakwah dan tarbiyah.Berdoalah............supaya jangan malas, lemah, kedekut dan pengecut.
اللهم إنى أعوذبك من العَجز والكَسل وأعوذبك من الجُبن والبُخل وأعوذبك من غلبة الدَّين وقَهر الرجال
“YA ALLAH AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA LEMAH DAN MALAS, PENAKUT DAN KEDEKUT, DIBELENGGU HUTANG DAN LELAKI YANG MENINDAS”
"Ya ALlah! Tolonglah aku untuk berzikir(mengingatiMU), bersyukur kepadaMU dan sebaik-baik ibadat kepadaMU" .....matan Arab saya tengah search dalam laptop saya tapi tak jumpa lagi.

Tajuk akan datang berhubung cara mengelak daripada terkena 'buatan orang' dan sihir.

Sekian terima kasih.

TAZKIRAH USTAZ YUSOF EMBONG

Wajah Baru Malaysia

16 September 08 bakal mendatang 7 hari lagi lagi. Semua rakyat Malaysia yang cinta dan rindukan keamanan , keadilan , ketelusan , amanah dan segala sifat luhur pemimpin negara yang bakal memerintah menjadi harapan semua pihak.
Tamatnya kronisma , pupusnya prajudis dan prasangka , padamnya fitnah dan berkuburnya mereka yang tamak. Namun ia bukan satu yang percuma !!! Tapi pastinya menuntut satu pengobanan yang sangat besar !!! BERSEDIAKAH KITA SEMUA !!!

Ahli Parlimen BN Ke Taiwan

Pada 7 September 2008 yang lalu seramai 41 orang ahli Parlimen BN ke Taiwan atas tujuan belajar tentang teknologi pertanian yang diterokai Taiwan dianggap moden dan antara terbaik di dunia. Perseolannya kepada baru sekarang nak belajar ? Ada yang dah menang 3 penggal berturut-turut tapi sebelum ini tiada inisiatif BNBBC berusaha membuka peluang untuk MP Parlimen untuk belajar keluar negara ?

Ahad, 31 Ogos 2008

Profail PAS Kawasan Kuala Krau

PAS Kawasan Kuala Krau mula ditubuhkan secara rasmi selepas persempadanan baru kawasan pilihan raya yang melibatkan mansuhnya Kawasan Parlimen Mentakab. Kawasan baru ini wujud secara menukar nama PAS Kawasan Mentakab kepada PAS Kawasan Kuala Krau. Proses ini tampa memerlukan penajaan kawasan baru , tatapi hanya perlu membuat permohonan pertukaran nama dan alamat rasmi pejabat operasinya sahaja. Pembentukan kawasan baru ini melibatkan 19 cawangan dalam Kawasan Mmentakab diserapkan ke kawasan baru.Persempadanan baru ini juga melibatkan 20 cawangan dalam Kawasan Maran diserapkan ke Kawasan Kuala Krau.
Mesyuarat agong yang pertamanya telah diadakan pada 23 April 2003 di Darul Hikmah Kerdau. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman selaku Timbalan Pessuruhjaya PAS Pahang. Melalui pemilihan AJK bagi sessi 2003/05 Yg. Bhg. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih sebagai Yang Di Pertua pertama.