Selasa, 9 Disember 2008

UTUSAN MALAYSIA TIDAK PROFESIONAL DAN KETERLALUAN

KUALA LUMPUR - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (Sabtu, 6 Disember) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember lalu. Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. "Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, Dr.Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilapor oleh Utusan. "Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor," katanya. Katanya, PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan. "PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka. "PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini," jelasnya lagi. Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan Malaysia mendapat maklumat terus perihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.[Sudah kami nyatakan sebelum ini bahawa memang itulah kerja Utusan Malaysia selama ini. Kenapa puak-puak UMNO mendiamkan diri, sepatutnya akhbar arus perdana tidak boleh buat "fitnah" sebab mereka terikat dengan akta kewartawanan. Justeru itu, kenapa bahan berita yang disiarkan dalam blog ini mahu dipertikaikan oleh team "Cyber Trooper UMNO"?. Sila pertikaikan akhbar arus perdana Utusan Meloya dulu, barulah mahu menghentam berita-berita yang disiarkan dalam blog ini. Kami amat malu dengan apa yang berlaku, mereka mendabik dada kononnya kami memaparkan berita fitnah dan fiksyen. Sebaliknya akhbar milik UMNO sendiri ternyata telah banyak membaut fitnah dan menipu rakyat selama ini. Bukankah ini melanggar prinsip kewartawanan itu sendiri. Bahkan MB Pahang sendiri pun pernah bergaduh dengan Utusan Malaysia atas kepincangan berita yang disampaikan].

Tiada ulasan: