Selasa, 19 Mei 2009

APA KOMEN CHUA SUI LEK

Pertemuan pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional harus diadakan sekerap mungkin bagi membuka ruang yang lebih luas kepada penyelesaian sebarang kemelut politik negara.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ruang dialog merentasi garis politik harus digalakkan supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil pendekatan kurang waras bagi menangani mana-mana masalah yang timbul.

“Kedua-dua parti parti, seperti yang disarankan Perdana Menteri, harus mencari penyelesaian kepada masalah ini. Terlalu banyak permainan politik, dengan kes dihadapkan ke mahkamah rayuan, dan akhirnya rakyat kerugian,” kata beliau. Demikian kata Dr Chua pada sidang akhbar yang diadakan hari ini di Petaling Jaya. Beliau yang ditemani anaknya Chua Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis juga menyentuh mengenai pertemuan peribadi beliau dengan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa baru-baru ini.

MCA walau bagaimanapun tidak merestui pertemuan dua mata antara Dr Chua dan Husam.Dalam pertemuan itu, dua ahli politik daripada berlainan kem itu bersependapat bahawa jalan penyelesaian terbaik merungkai krisis politik di Perak ialah dengan menghormati lunas-lunas demokrasi. “Dalam kes Perak, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, maka beliau seharunya memanggil sidang DUN tergempar,” kata Dr Chua. "Kalau dapat sokongan majoriti, kita ucapkan tahniah kepadanya, namun sekiranya tidak, maka beliau harus membuka jalan kepada mereka yang mendapat majoriti atau menghadap Tuanku Sultan dan memaklumkan bahawa beliau telah kehilangan majoriti,” kata Dr ChuaBeliau juga bersetuju sekiranya rundingan antara dua blok politik utama negara itu gagal membuahkan hasil, maka pilihan raya adalah jalan terbaik. “Sekiranya semua pertemuan tidak menghasilkan sebarang keputusan bermakna, maka barulah kita membuka jalan kepada Dun dibubarkan,” kata Chua

ELEZABETH BERWAJAH BARU

Elizabeth Wong bertudung! "Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great" - Eli

Khamis, 7 Mei 2009


SPEAKER DUN YB. SIVKUMAR DIUSUNG KELUAR DEWAN !

Sejarah hitam politik negara bila speaker DUN yang dilantik secara rasmi oleh DUN dihalau keluar oleh kumpulan yang menceroboh masuk ke dewan.

YB. IDHAM LEE

Pakaian resminya ( Pangkat pada bahu kanan ) tercabut kerana bergelut dengan kumpulan berpakaian seragam dan awam dalam usaha mempertahankan Speaker Sivakumar yang diusung keluar dewan.

SIAPA MEREKA ? BERADA DALAM DEWAN PERSIDANGAN







SIDANG DUN PERAK. PANAS !

4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.
3.21 petang: Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikan ucapan perasmian.
3.10 petang: Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.
Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.
2.05 petang: Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.
Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.
Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.
1.00 petang: Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.
Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.
Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya.
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR.
Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan
Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.
Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.
Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.
Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
12.20 tgh: Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.
Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
11.45 pagi: Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.
Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".
11.35 pagi: Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.
Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.
Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?
11.15 pagi: Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.
Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.
11.10 pagi: Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.
Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.
Lucu, aneh, tapi benar...
11.00 pagi: Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)
ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.
ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.
Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.
10.55 pagi: ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.
Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.
Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
10.40 pagi: ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.
Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
10.30 pagi: Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.
Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.
Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.
10.20 pagi: Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.
keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.
Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula
10.10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.
Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.
10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.
10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.
Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.
Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.
Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan
9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.
Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.
9.45 pagi; Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak. - idhamlim.blogspot.com_ -->

Rabu, 6 Mei 2009

NAIB PRESIDEN YG. BHG. ABANG MAT DITANGKAP




Pemimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi.Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui."Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada."Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok. Mohamad Sabu dikatakan terlibat dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh 7 Mei, bersempena persidangan DUN.Penangkapannya dibuat sehari selepas penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.Hari ini juga seramai lima orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditangkap dihadapan kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya apabila cuba menghantar kek hari jadi Altantuya kepada Najib Razak sempena ulangtahun mendiang wanita Monggolia itu yang jatuh hari ini.

Selasa, 5 Mei 2009

APA KOMEN TOK GURU TENTANG PEMILIHAN JUN DEPAN ?


KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.
"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.
"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.
"Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.
"Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.
Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.
(Ikuti penjelasan sepenuhnya dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat ini) - m

SIDANG DUN PERAK 7 MEI 2009




Sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei ini bukanlah persidangan biasa dalam mana-mana sidang DUN di negara ini.Sidang DUN 7 Mei dianggap pertembungan nilai-nilai yang bertunjangkan keadilan dan kedaulatan undang-undang dengan undang-undang rimba dan kerakusan kuasa, seperti mana juga pertembungan haq dan bathil dalam ajaran agama sejagat.Oleh itu sidang hari Khamis ini menjadi bukan sahaja perhatian rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya malah menjadi fokus masyarakat dunia.Sidang 7 Mei akan memperlihatkan kepada seluruh makhluk alam ini sama ada rakyat yang terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka oleh satu sistem kerajaan yang membelakangi segala yang betul, teratur dan lurus akan mencapai kemenangan hitam mereka sekali lagi atau apakah kuasa rakyat yang dalam sejarah dunia mampu menghadapi apa saja kuasa bakal mengalahkankan kuasa jahat yang selama ini membelenggu mereka.Apa yang bakal terjadi di dalam ruang DUN 7 Mei hanya berdasarkan spekulasi semata-mata tetapi jika diteliti Perintah-Perintah Tetap DUN dan Perlembagaan Perak beberapa kemungkinan bakal berlaku pada hari Khamis kelak.Percubaan pertama Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Menteri Besar yang masih dipertikaikan status halal haramnya, Zambry Abd Kadir ialah menyingkirkan Speaker, V. Sivakumar.Dalam DUN Speaker berkuasa sepenuhnya dan kuasa beliau tidak boleh dicabar hatta dalam mahkamah sekali pun.Jika ada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri BN cuba membuat kacau dan menganggu gugat sidang, mereka boleh digantung oleh Sivakumar atau diarahkan keluar Dewan.Jika empat ADUN BN digantung Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah dan undi tidak percaya terhadap Zambry boleh diadakan.Sekiranya ini berlaku Speaker kemudiannya akan memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa Zambry tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.Pada peringkat Sultan Azlan mempunyai dua opsyen; pertama baginda akan perkenankan supaya DUN dibubarkan dan pilihan kedua baginda akan mengganti Zambry.Di bawah undang-undang tubuh negeri Perak, Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar atau meminta beliau meletak jawatan. Jika ini terjadi maka Perak akan mempunyai dua Menteri Besar tanpa kedudukan yang sah di sisi undang-undang. Kemungkinan Sultan Azlan berbuat demikian hampir mustahil kerana baginda adalah pakar perundangan dan arif mengetahui selok belok perundangan negeri dan negara. Pilihan yang paling afdal bagi baginda ialah memperkenankan pembubaran DUN dan inilah logik yang paling diterima akal dan direstui rakyat. Walau bagaimanapun situasi ideal ini hanya akan berlaku sekiranya persidangan DUN tersebut adalah adil dan saksama. Dalam hubungan ini peranan yang dimainkan oleh Setiausaha DUN adalah penting.Langkah pertama BN ialah memperakui perlantikan Setiausaha yang pro-BN. ADUN-ADUN BN akan berlakon untuk menonjolkan imej Speaker sebagai seorang yang menderhaka terhadap Sultan dan atas alasan itu beliau boleh disingkir melalui peruntukan Artikel 31 (1) perlembagaan negeri.Sebaliknya jika Sivakumar gagal hadir pada hari sidang bermula maka Artikel 36 (A) boleh digunapakai untuk melantik seorang Speaker baru. BN sudah pun mengumumkan bekas ADUN Sungkai yang juga seorang peguam, R. Ganesan sebagai calon Speaker. Artikel 36 menggariskan prosedur perlantikan Speaker yang bukan daripada kalangan ADUN. Dalam apa hal pun Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan mempunyai strateginya sendiri sebagaimana juga Zambry.Seperti juga dalam permainan daun pakau, pemain akan menyimpan daun kemenangan sampai kepenghujung permainan dan akan menggunakannya pada saat-saat terakhir.Persoalannya apakah senjata sulit yang disimpan oleh kedua-dua belah pihak. Sekiranya mahu menang dalam pertarungan dalam DUN 7 Mei nanti Pakatan Rakyat perlu melancarkan ofensif sekiranya mahu terus menguasai Dewan. Senjata terkuat Pakatan Rakyat terletak dalam Perintah-Perintah Tetap yang menjadi tunggak kuasa Speaker.BN selagi boleh tidak mahu berhadapan dengan rakyat melalui pilihan raya negeri kerana mereka tahu akan kalah teruk, lebih teruk daripada Pilihan raya Umum 2008.Rakyat pula menolak mereka dan meneruskan ciri penolakan Umno dan BN seperti yang dilihat dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu.BN akan cuba sedaya upaya mereka untuk terus berkuasa walaupun tanpa mandat rakyat. Pakatan Rakyat pula perlu mencari pendekatan terbaik dan sistematik supaya DUN dapat dibubarkan dan dikembalikan memerintah Perak dengan majoriti jauh lebih besar dan mantap. -TVA

KENYATAAN YB. DATO' HUSSAM MUSA





Wednesday, 29 April 2009 16:12
Sehingga hari ini saya rasa sebelum saya mengumumkan secara rasmi sama ada saya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau tidak. Saya perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara terlebih dahulu.
Faktor pertama ialah, saya harus meneliti harapan daripada PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden.Sejauh mana mereka mengharap supaya saya bertanding. Saya harus menghubungi PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan pencalonan mereka untuk mengetahui sebab-sebab mengapa mereka merasakan saya perlu bertanding. Dan jika sebab itu valid, Insya Allah barulah saya buat keputusan secara muktamad.
Faktor kedua ialah, saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya. Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah.
Ketiga, faktor yang saya harus pertimbangkan adalah, adakah dengan penyertaan saya itu saya boleh mengukuhkan pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, dan bagaimana cara saya boleh berperanan untuk tujuan tersebut. Jawatan Timbalan Presiden PAS ditandingi sejak tahun 2005 dan sekali lagi pada tahun 2007. PAS tidak berpecah walaupun ada yang menang dan ada yang tewas.
Saya percaya bahawa tradisi dan nilai mulia dalam PAS masih kekal dan PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno dalam soal pemilihan ini. Cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah ada perebutan kuasa yang sengit dalam PAS.
Suka saya nasihatkan pimpinan dan ahli-ahli PAS supaya menjaga etika sepanjang pemilihan ini supaya tidak memenuhi agenda media memperlihatkan PAS ini sama dengan Umno. PAS sebenarnya tidak sama dengan Umno, tetapi kadang-kadang cara kita bertindak boleh jadi silap dan memenuhi agenda media arus perdana yang dikuasai Umno-BN.
Kesilapan kita menyebabkan media gembira memetik maklumat dalaman yang boleh melaga-lagakan antara sesama pemimpin, sedangkan agenda media jelas, mahu menyamakan antara PAS dengan Umno.
Bagi saya jika terdapat perkara, yang ahli-ahli ataupun mana-mana pihak dalam PAS rasa menyalahi disiplin PAS, mereka perlu memaklumkan kepada parti dan saya berharap pimpinan-pimpinan tertinggi parti tidak berdiam diri mereka mesti memperlihatkan satu tahap displin yang tinggi supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan yang boleh merosakkan imej PAS yang telah dibina selama ini termasuk termasuk perpaduan sesama ahli.
Pada pendapat saya, Pilihan Raya Umum ke 13 adalah satu pilihan raya yang kritikal kepada semua parti-parti politik utama dalam negara kita. Ianya adalah penentuan samada PAS boleh menjadi teraju utama menggantikan Umno dalam politik negara.
Ini bermakna pertandingan yang lebih kritikal adalah di antara PAS dengan Umno. Jika PAS berjaya mendapatkan kemenangan diatas kerusi-kerusi yang sekarang ini dipunyai oleh Umno, maka PAS boleh keluar sebagai the main anchor party pada masa akan datang.
Jadi tiga faktor inilah yang harus saya pertimbangkan dan rundingkan dengan PAS kawasan-kawasan, ahli-ahli, sebelum saya memberikan kata muktamad saya untuk bertanding.
Saya harap Pas dapat diperkukuhkan dan diperkasakan lagi dalam kepimpinan ulama kita supaya disayangi dan disegani ke arah Pilihan Raya Umum ke 13.

HAJI HUSAM MUSA
NAIB PRESIDEN PAS
29 April 2009
Kota Bharu, Kelantan
Kenyataan di atas disesuaikan dari sessi soal jawab dengan pihak media massa di Kilang Nur Abadi Garments, Z

KUALA KRAU SELESAI MESYUARAT AGONG KE 23

Perwakilan cawangan yang hadir dalam mesyuarat agong tersebut

MESYUARAT AGONG KUALA KRAU KELI KE 23

YB. Dato' Amiruddin Hamzah disambut oleh barisan AJK Kawasan Kuala Krau Sessi 2007/09.

KUALA KRAU SELESAI MESYUARAT AGONG KE 23


KUALA KRAU SELESAI MESYUARAT AGONG KALI KE 23

Pada 7 jamadil Awal bersamaan 02. Mei 2009 Pas Kawasan Kuala Krau telah selesai mengadakan mesyuarat agonnya kali ke 23. Mesyuarat yang berlansung di Darul Hikmah itu di hadiri oleh 201 orang perwakilan dan 25 orang pemerhati.




Isnin, 4 Mei 2009

PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT 2009/2011 YANG MENARIK UNTUK DIPERKATANKAN

Membaca pelbagai penulisan serta ‘analisa politik dalaman Pas’ yang begitu rancak di sebarkan di media perdana sejak beberapa hari lalu amat menarik untuk di ulas. Ini ditambah pula dengan kerancakan mesyuarat kawasan-kawasan Pas yang sedang berlangsung di seluruh negara. Pokok utama perbincangan adalah mengenai pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui pimpinan Pas menjelang muktamar Pas yang ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada awal Jun ini. Gambaran yang di paparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama di dalam Pas, khususnya golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya bererapa pertandingan di peringkat kawasan serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi didalam Pas.Dua persoalan utama yang sering di perdebatkan serta dilemparkan kepada umum adalah; pertamanya, apakah Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama di dalam Pakatan bersama PKR dan DAP? Dan keduanya, apakah benar-benar wujud golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’ ?Namun saya lebih berminat untuk mengulas kenyataan dua orang ‘tokoh akademik’ yang bergelar Profesor yang sering di beri liputan meluas untuk menyerang Pas terutama di saat adanya pilihanraya Umum, pilihanraya kecil maupun pemilihan parti Pas. Saya ingin merujuk kenyataan Prof. Dato' Dr. Zainal Kling, mantan pensyarah Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya dan Prof. Dr. Mohamad Mustafa, pensyarah Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian minggu lepas. Pertamanya Dr. Zainal Kling, seorang profesor yang terkenal dengan sikap ultra nasionalis serta sentiasa dilihat sebagai pembela Melayu/UMNO sejak sekian lama beliau menjadi pensyarah di Univeristi Malaya lagi. Beliau menyatakan bahawa keadaan kontradiksi antara dua puak didalam Pas iaitu golongan ulama dan golongan professional menjadikan suasana dalaman Pas sentiasa ‘tegang’ demi memenuhi cita-cita masing-masing. Beliau menambah lagi bahawa “Pas terpaksa berlagak sekular dengan mengenepikan ideologi ketuhanan dalam Islam. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akui akan kerjasama dengan syaitan. Ini dapat di buktikan dengan jelas. Pas tidak lagi bercakap tentang negara islam tetapi hanya mempertahankan gagasan kemanusiaan dan kebajikan”.Bagi beliau disebabkan pertentangan dalaman ini, Pas terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘hamba kepada idealogi sekular’ di semping terpaksa berkorban untuk mencairkan ideology Islam pada asalnya. Malah beliau menyatakan lagi bahawa; “Jika golongan ulama gagal menerajui kepimpinan tertinggi Pas bermakna ia akan merubah parti tersebut menjadi semakin secular. Pas juga akan dilihat sebagai sebuah parti ‘pelakon politik’ yang menggunakan islam sahaja”.Manakala pandangan seorang lagi pensyarah, Dr. Mohamad Mustafa seorang profesor Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dirujuk. Beliau juga terkenal sebagai seorang penganalisis politik tanahair yang lebih barsifat menjadi pembela Melayu/UMNO. Beliau menyatakan bahawa Pas akan mudah mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) satelah kumpulan yang menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim berjaya menyingkirkan kumpulan Presidan Pas Datuk Sri Abdul Hadi Awang. Tambahnya lagi kewujudan puak yang menyokong Anwar ini akan menyebabkan Pas terbahagi kepada dua kumpulan dan berpuak-puak.Malah beliau menyatakan bahawa; “mereka (PKR) telahpun menguasai Mursyidul Am Pas, Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan menjatuhkan Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa kerana tidak bersependapat dalam isu gabungan Pas-UMNO pada Muktamar nanti. Tujuan utama golongan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Pas dan PKR, golongan itu berusaha untuk menguasai Pas demi kepentingan PKR dan seterusnya menuruti telunjuk PKR”.Bagi saya adalah tidak mengejutkan sama sekali apabila kenyataan terbuka Datuk Dr. Zainal Kling seakan-akan senada dengan Dr. Mohamad Mustafa terhadap Pas. Bagi saya, memberi pendapat kedua-dua tokoh akademik pro-UMNO ini adalah lebih berbentuk kecaman negatif terhadap Pas. Adalah tidak sedikitpun menghairankan kerana mereka ini sudah sejak sekian lama membuat pelbagai ‘analisa akademik’ (?) dan melihat peranan Pas di dalam kancah politik tanahair dengan penuh sinis dan negatif. Kedua-duanya terkenal dengan sikap ‘ultra nasionalis’ dan sentiasa berpandangan ‘pro-UMNO’ hatta di dalam kajian akademik mereka sendiri. Namum bagi saya adalah amat memualkan apabila kedua-duanya ada bergelar profesor boleh membuat kenyataan sedemikian rupa. Di manakah etika akademik yang mereka pakai apabila pandangan mereka ini lebih berbentuk ‘emosi kebencian’ terhadap Pas, begitu cetek dan tidak mempunyai daya akademik (scholarly) langsung. Apakah mereka mahu meletakkan daya pemikiran politik mereka setaraf dengan JKKK kampong dan tidak di hormati oleh masyarakat umum?Amat malang jika seseorang profesor masih dalam kotak pemikiran lamanya mengenai perkembang semasa dan gagal memahami perubahan politik tanahair. Terlalu dangkal daya pemikiran Dr. Zainal Kling apabila menyatakan bahawa Maka terfikir juga saya di manakah daya pemikiran mahasiswa yang mereka pimpin di menara gading selama ini yang sejak sekian lama di kongkong bagaikan anak-anak sekolah oleh AUKU dan pentadbir Universiti sendiri? Yang nyata, Pas bukan sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Pas mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada displin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’.