Selasa, 19 Mei 2009

APA KOMEN CHUA SUI LEK

Pertemuan pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional harus diadakan sekerap mungkin bagi membuka ruang yang lebih luas kepada penyelesaian sebarang kemelut politik negara.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ruang dialog merentasi garis politik harus digalakkan supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil pendekatan kurang waras bagi menangani mana-mana masalah yang timbul.

“Kedua-dua parti parti, seperti yang disarankan Perdana Menteri, harus mencari penyelesaian kepada masalah ini. Terlalu banyak permainan politik, dengan kes dihadapkan ke mahkamah rayuan, dan akhirnya rakyat kerugian,” kata beliau. Demikian kata Dr Chua pada sidang akhbar yang diadakan hari ini di Petaling Jaya. Beliau yang ditemani anaknya Chua Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis juga menyentuh mengenai pertemuan peribadi beliau dengan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa baru-baru ini.

MCA walau bagaimanapun tidak merestui pertemuan dua mata antara Dr Chua dan Husam.Dalam pertemuan itu, dua ahli politik daripada berlainan kem itu bersependapat bahawa jalan penyelesaian terbaik merungkai krisis politik di Perak ialah dengan menghormati lunas-lunas demokrasi. “Dalam kes Perak, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, maka beliau seharunya memanggil sidang DUN tergempar,” kata Dr Chua. "Kalau dapat sokongan majoriti, kita ucapkan tahniah kepadanya, namun sekiranya tidak, maka beliau harus membuka jalan kepada mereka yang mendapat majoriti atau menghadap Tuanku Sultan dan memaklumkan bahawa beliau telah kehilangan majoriti,” kata Dr ChuaBeliau juga bersetuju sekiranya rundingan antara dua blok politik utama negara itu gagal membuahkan hasil, maka pilihan raya adalah jalan terbaik. “Sekiranya semua pertemuan tidak menghasilkan sebarang keputusan bermakna, maka barulah kita membuka jalan kepada Dun dibubarkan,” kata Chua

Tiada ulasan: