Jumaat, 19 Disember 2008

BILA KUASA MULA BERAKHIR ?

Tak semena-mena nama Muntazer Al-Zaidi disebut dimana-mana. Walaupun beliau khabarnya cedera patah tangan dan tulang rusuk kerana dibelasah oleh pegawal keselamatan Iraq selepas sepasang kasut dilontar kearah Bush yang sedang mengadakan sidang akhbarnya. Nama wartawan muda ini melonjak mendadak samaada dikalangan dunia Islam mahupun dikalangan masyarakat barat. Keberanian luar biasa Muntazer membanggakan setiap jiwa yang sekian lama membenci Prasiden "penghirup darah ummat Islam"itu. Keangkuhan Bush akhirnya terkulai dengan hanya tindakan dari seorang wartawan disebuah negara yang dijajahnya. Walaupun Bush cuba menyembunyikan aibnya dengan berjenaka, namun ketegangan yang terpamir diwajahnya yang pucat lesi menceritakan segala-galanya yang bersarang didalam tubuh manusia berhati serigala itu.Selama ini Bush dikelilingi pemimpin Barat dan Tok-tok Arab yang bacul, yang sentiasa akan menyambut ucapan Bush dengan kalimah "Yes Sir" sebelum Bush menghabiskan kalimat-kalimatnya. Biasanya setiap kali menyelesaikan mana-mana sidang akhbar Bush akan dikerumuni wartawan yang sebahagian besarnya merasa sangat teruja jika hanya dapat bersalam dengan Bush. Tiba-tiba keadaan berubah dalam putaran 360 darjah. Bukan tepukan gemuruh yang diterimanya. Tetapi sepasang kasut yang hampir menyinggahi kepala seorang Presiden yang kaya dengan penipuan dan pendustaan. Rupa-rupanya wartawan sudah naik muak dengan lagak "perdamaian" yang diucap oleh Bush. Watak "Polis dunia" yang dipamirkannya selama ini sudah sangat memualkan tekak dan telinga para wartawan. Akhirnya takungan kebencian dan kemeluatan itu tidak terbendung lagi. Maka dunia menyaksikan betapa pemimpin dunia itu dimalukan dengan hinanya. Syabas dan Tahniah Muntazer. Sesungguhnya Jihad yang afdhal ialah menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim.Dalam kita membicarakan penimpuan, kezaliman, keangkuhan dan kejahatan Bush, cuba kita bayangkan jika;
1. Paklah berucap dihadapan wartawan iraq berkaitan kempen "Islam hadarinya" sambil memegang bahu seorang perempuan ajnaby.2. Najib berucap dihadapan wartawan Iraq dengan tajuk "hapuskan rasuah dan Korupsi".3. Hamid Albar berucap dihadapan wartawan Iraq berkenaan "keadilan dan hak asasi manusia" sambil memegang surat perintah tahanan ISA.4. Tengku Adnan Tengku Mansor berucap dihadapan wartawan Iraq mengenai "perlunya dihapuskan judi dan pusat maksiat".
5. Pengerusi SPR berucap dihadapan wartawan Iraq mengenai "perlunya pengendalian pilihanraya secara telus dan adil".6. Dato JJ berucap dihadapan wartawan Iraq berkenaan "perlunya pemimpin menjaga hak-hak wanita".
Agaknya berapa pasang kasut yang akan melayang di atas kepala mereka?. Sebenarnya semua manusia benci dengan pembohongan.Bersyukurlah mereka tidak hidup dibumi Iraq. Bersyukurlah mereka lahir sebagai pemimpin kepada sebuah masyarakat yang sering terlena apabila diberi gula-gula.

Tiada ulasan: